Jumat, 01 Februari 2008

Islam juga mengajar umatnya supaya memiliki kelebihan dan caranya:# Islam mengajar dan menegaskan kepada umatnya bahawa Allah suka kepada orang yang dapat menahan emosi marah.# Orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang, Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. (Surah Ali-Imran, ayat 134)# Sehebat manapun seorang itu, ia hanyalah dengan kehendak Allah, bukan kerana hebatnya individu itu sendiri.Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali.” (Surah Hud, ayat 88)Mukmin sejati tidak sombong membangga diri walaupun manusia lain menyanjungnya, kerana ia sedar apa yang ada padanya adalah dengan kehendak Allah. Kehebatan itu hanya apa yang dipinjamkan Allah kepadanya yang juga adalah sebahagian daripada ujian daripada-Nya.Islam mengajar umatnya supaya tidak tertekan dalam menghadapi sebarang masalah tetapi terus berusaha dan berdoa sehingga sampai pertolongan Allah.Hal ini jelas dalam kisah Nabi Musa menghadapi ancaman Firaun. Baginda terus berusaha dengan tugas kerasulan sehingga terpaksa melarikan diri menyelamatkan akidahnya dan akidah pengikut Baginda.Siapa yang menyangka laut akan terbelah, menjadi laluan mereka, tetapi menelan Firaun, musuh Baginda.# Islam mengajar kita supaya cekal dalam usaha dan percaya akan janji Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Sungguh, seandainya kita bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kita akan diberi rezeki seperti burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah Ibnu Hibban, Al-Baghawi)Bayangkan bagaimana mantapnya emosi mukmin yang benar dapat menggantungkan harapan dan bertawakal kepada Allah dalam sebarang usaha dilakukan.Menghayati Islam menjadikan seseorang itu manusia yang menjauhi semua perkara buruk. Tidak ada rasuah, malas atau zina dalam kamus hidup mukmin yang kenal dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.Individu seperti ini mempunyai jati diri dan dipandang tinggi oleh kawan dan lawan walaupun bukan itu yang dicari oleh hamba Allah.Perkara ini terjadi dengan sendiri apabila Islam dihayati sepenuhnya kerana itulah fitrah Islam.

Tidak ada komentar: